PROGRAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH(TERAPI BOLING)

Tarikh : 22 Februari 2012 Tempat : Ampang Superbowl, Mahkota Parade, Melaka

MAJLIS PERLANTIKAN KETUA, P.KETUA DAN PENGAWAS SKBG TAHUN 2012

Tahniah diucapkan kepada mereka yang dilantik!

TAKLIMAT PENDIDIKAN KHAS BERSAMA IBUBAPA MURID PPKI SKBG 2012

Membincangkan perancangan aktiviti yang dijalankan di PPKI SKBG

Kemahiran Hidup - Onion Ring

Kolaborasi antara dua kelas iaitu kelas Arif dan kelas Bijak

Program pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah terapi boling

Rasional diadakan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid pendidikan khas tentang teknik bermain boling dengan betul

Sunday, March 4, 2012

Aktiviti Kemahiran Hidup - Onion Ring


Kolaborasi antara dua kelas iaitu kelas Arif dan kelas Bijak

Bahan bahannya :
Bawang kuning (bawang jepun)
Tepung gandum
Lada Sulah
Garam
Air
Breadcrump (Serbuk Roti)

Cara cara :

1. Memula bancuh tepung + air + garam + pepper . Pastikan pekat (jangan terlalu cair)
2. Celupkan bawang yang telah dihiris bulan dalam tepung tadi
3. Salutkan dengan breadcrump satu per satu
4. Goreng sehingga keemasan
















Jadual Pembayaran Gaji 2012 untuk Kakitangan Awam Malaysia

Berikut adalah jadual pembayaran gaji untuk kakitangan awam seluruh Malaysia

Saturday, March 3, 2012

Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah



Pada 10 februari 2012 Pihak SK Batu Gajah telah mengadakan majlis Maulidur Rasul sebagai memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan semasa program tersebut berlangsung. Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dengan acara membaca surah yassin mega, kemudian diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Acara dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Halim b. Zakaria yang merupakan salah seorang guru SK Batu Gajah. Acara diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Kemudian diikuti nyanyian nasyid serta nazam oleh murid - murid SK Batu Gajah. Aktiviti memberi bubur asyura kepada selururh warga SK Batu Gajah juga telah dijalankan dengan jayanya. Mudah - mudahan program ilmu sebegini akan mendapat keberkatan.

MAJLIS PERLANTIKAN KETUA, P.KETUA & PENGAWAS SKBG TAHUN 2012









TAKLIMAT PENDIDIKAN KHAS BERSAMA IBUBAPA MURID PPKI SKBG 2012



Kakitangan PPKI SKBG Tahun 2012


Barisan hadapan dari kiri :

MOHD FARID BIN AB. RASHID
HAJAH ZAITON BINTI MOHAMMAD
KHADIJAH BINTI JUSIN
SARASWATHY A/P SHELVADORA

Barisan belakang  dari kiri :
WAN NUR FARIZA BINTI WAN MUSTAFFA
ANA BINTI MANAP
NUR ATIQAH BINTI ZAKARIAH
YUZANA BINTI MD. YUNUS
SITI HAJAR BINTI ISMAIL

Tiada dalam gambar : 
ASIAH BINTI YAHYA

PROGRAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH


Pada 22 Februari 2012, Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) SK Batu Gajah telah mengadakan program pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah terapi boling di Ampang Superbowl Mahkota Parade, Melaka. Rasional diadakan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid pendidikan khas tentang teknik bermain boling dengan betul. Memandangkan terdapat pertandingan bagi acara boling di peringkat daerah dan negeri bagi Pendidikan Khas, maka secara tidak langsung murid-murid dapat berlatih secara intensif sebelum pertandingan boling Pendidikan Khas peringkat daerah dijalankan

Tentatif Program
Tarikh : 22 Februari 2012
Tempat : Ampang Superbowl, Mahkota Parade, Melaka

7.45 pagi : Berkumpul di kantin SKBG
8.00 pagi : Bertolak ke pusat boling ampang Mahkota Parade
8.45 pagi : Lawatan dan rehat di Taman Taming Sari
10.00 pagi - 12.00 tengahari : Terapi boling pusat boling Ampang Superbowl Mahkota Parade
12.30 tengahari : Bertolak pulang ke SKBG




Objektif dan Moto PPKI SKBG



OBJEKTIF PPKI SKBG

  • Menyediakan kemudahan tempat belajar yang konduksif.
  • Berusaha untuk melahirkan murid – murid yang boleh menguasai 3M.
  • Mewujudkan suasana kelas yang harmoni dan sentiasa ceria.
  • Membentuk satu pakatan tenaga kerja yang saling memahami, dedikasi, berkerjasama, berwawasan dan bertimbang rasa


MOTO PPKI SKBG
Ke Arah Kecemerlangan Insan Istimewa Yang Berilmu dan Berbudaya

Visi dan Misi PPKI SKBG



VISI PPKI SKBG
Menjadi contoh Program Pendidikan Khas Integrasi (Pembelajaran) yang ceria dalam kurikulum dan kokurikulum.

MISI PPKI SKBG
Memberi pendidikan dan pengetahuan terbaik berdasarkan Falsafah Pendidikan Khas kepada murid secara jujur.

Sejarah Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran SK Batu Gajah

  • Program Pendidkan Khas Integrasi (Pembelajaran) SK Batu Gajah telah dibuka pada tahun 2004 oleh Cik Hjh Khadijah binti Hj Jusin. Ini adalah disebabkan program yang sedia yang ada agak jauh dari kediaman murid.
  • Pada tahun pertama operasi,bilangan muridnya ialah 7 orang.dengan menumpang bilik bahan bantu mengajar. Keadaan menjadi begitu sesak.
  • Menyedari kesesakan ini,Jabatan Pelajaran Melaka,telah membina bilik yang agak lengkap dengan kemudahan bilik darjah, dapur dan tandas.
  • Bilangan murid semakin bertambah dari tahun ke setahun menjadi 19 0rang pada tahun 2011. Pada tahun ini, PPKI menerima seorang GPK Pen.Khas iaitu Pn Hjh Zaiton binti Mohammad disamping 7 orang guru dan 2 orang PPM.
  • Murid-murid PPKI SK Batu Gajah sering aktif menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan Unit Pendidikan Khas.
  • Akhir kata diharapkan PPKI SKBG cemerlang dari pelbagai aspek yang mana membantu murid-murid berkeperluaan khas ini